KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan pertelingkahan di kalangan kerabat di Kelantan boleh mengundang padah kepada sistem beraja di negara ini apabila ditolak rakyat.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berkata di kalangan negara rantau ini, Malaysia masih mengekalkan sistem beraja dan dihormati rakyat, sedangkan kebanyakan negara lain sudah menolaknya.
"Kita (Raja) seorang, kalau kita tak pandai jaga (bertelingkah sesama sendiri), orang peduli apa, rakyat peduli apa, kalau kita (Raja) sendiri buat kacau, rakyat kata toksahlah (tidak mahu lagi), pakai sistem lain lah pulak, celaka besarlah kita (malang bagi sistem beraja apabila sudah ditolak).
"Sistem beraja ini kita sebelah Malaysia saja (masih kekal), Indonesia habis (tolak) dah, (sebelum ini) Singapura ada sultan (tetapi sekarang) dah habis (ditolak) dah, di Filipina, Sultan kudrat (kuasa) dah habis," katanya kepada media di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berhubung Undang-undang Tubuh Kelantan yang tidak memberi sebarang kuasa kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, masuk campur tangan dalam urusan istana dan kerajaan negeri seperti kuasa dimiliki Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Berita harian Online
Patek hamba rakyat sentiasa mendoakan agar kesihatan Tuanku akan bertambah baik. Tuanku adalah payung negeri, kami hamba rakyat masih tetap mahukan Tuanku. Kami berdiri teguh di belakang Tuanku, semoga Tuanku dapat segera kembali ke pangkuan rakyat Tuanku yang dilihat sekarang ini semakin kalut menjual agama dan bangsanya sendiri