Anwar Ibrahim makin terdesak dan menggunakan kaum India sebagai perisai dalam kes Liwatnya yang mana diheretnya mereka ini ke mahkamah dalam menyokong Punai Bengkoknya yang telah terbukti mengeluarkan Air Mani yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari.
AIDCNews – 12/12/11 – Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.
Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.
“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.
Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.
Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.
Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.
“Kredibiliti SP1 (Mohd Saiful) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” katanya
Karpal yang menggulung hujahnya selama 44 minit itu, turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan Saiful Bukhari untuk menentukan status hubungan mereka bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
9:49 PM
sokdara19@gmail.com

0 comments:
Post a Comment